Beza Takaful Hayat dan Takaful Am

Jika anda memiliki pinjaman perumahan, anda mungkin pernah ditawarkan MRTT atau MLTT. Kedua-duanya adalah perlindungan pinjaman tapi ia berbeza dalam cara yang sangat penting.

Apa itu MRTT?

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) adalah perlindungan di mana jumlah dilindungi berkurangan seiring dengan baki pinjaman anda. Apabila anda sudah tiada, manfaat takaful akan menjelaskan baki pinjaman perumahan dan keluarga anda mendapat rumah bebas hutang.

Apa itu MLTT?

Mortgage Level Term Takaful (MLTT) pula mempunyai jumlah dilindungi yang kekal sama sepanjang tempoh polisi. Contohnya, jika anda ambil MLTT RM400,000, manfaat RM400,000 itu tidak berubah walaupun baki pinjaman anda sudah berkurangan.

Perbezaan utama

  • MRTT jumlah perlindungan berkurangan ikut baki pinjaman. Premium lebih murah.
  • MLTT jumlah perlindungan kekal sama. Premium lebih tinggi tapi manfaat lebih besar.

Kelebihan MLTT berbanding MRTT

Dengan MLTT, jika anda sudah tiada di awal tempoh pinjaman, baki manfaat selepas menjelaskan hutang perumahan masih akan sampai kepada keluarga anda. Ini memberikan perlindungan tambahan.

Mana satu yang sesuai untuk anda?

  • Pilih MRTT jika anda hanya mahu pastikan hutang rumah diselesaikan
  • Pilih MLTT jika anda mahu perlindungan nyawa yang lebih menyeluruh di samping melindungi pinjaman

Hubungi Sheila Hanniff untuk perbandingan lengkap MRTT dan MLTT mengikut situasi kewangan anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *