Kos Perubatan Swasta Semakin Meningkat. Adakah Anda Bersedia?

Sheila membantu anda memilih medical card yang tepat perlindungan menyeluruh, hospital pilihan anda, pada premium yang berpatutan.

Kos rawatan hospital swasta di Malaysia meningkat 10–15% setiap tahun.

Satu malam di wad hospital swasta boleh menelan kos RM1,000 ke atas. Pembedahan? RM20,000 hingga RM100,000 atau lebih.

Tanpa medical card yang mencukupi tabungan anda yang dibina bertahun-tahun boleh lesap dalam masa yang singkat.

Sheila membantu anda memilih yang betul daripada most takaful & insurance provider, untuk situasi spesifik anda.

Jenis Medical Card Yang Sheila Boleh Bantu

1 Medical Card Individu

Perlindungan perubatan peribadi — rawatan hospital, pembedahan, ICU, ujian diagnostik, dan lebih lagi. Sheila mix & match daripada most takaful & insurance provider untuk memastikan anda mendapat perlindungan terluas pada premium terbaik.

2 Medical Card + Nyawa+ Critical Illness

Gabungan terbaik medical card untuk bil hospital, CI cover untuk bil kehidupan semasa pemulihan dan cover pemergian. Anda terlindung secara menyeluruh tanpa perlu risau tentang kewangan semasa sakit.

3 Medical Card Keluarga

Satu polisi atau polisi berasingan untuk suami, isteri, dan anak-anak. Sheila menstrukturkan perlindungan keluarga anda dengan cara yang paling efisien dari segi kos.

4 Medical Card Standalone (Tanpa Life Cover)

Untuk mereka yang hanya memerlukan perlindungan perubatan tanpa komponen hayat. Premium lebih rendah, fokus kepada perlindungan perubatan semata-mata. Sesuai untuk klien korporat atau mereka yang sudah mempunyai life cover yang mencukupi.

Bagaimana Sheila Membantu Anda Memilih Medical Card Yang Tepat?

Langkah 1: Sheila Memahami Keperluan Anda
Umur, status kesihatan, hospital pilihan, bajet, dan perlindungan sedia ada. Setiap individu berbeza.
Langkah 2: Sheila Membandingkan Most Takaful & Insurance Providers
Sheila menyemak produk daripada most provider untuk mencari yang memberikan perlindungan terluas pada keperluan dan premium yang paling berpatutan untuk profil anda.
Langkah 3: Sheila Membentangkan Pilihan
Sheila membentangkan 2–3 pilihan terbaik dengan perbandingan yang jelas. Anda memahami perbezaannya dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap.
Langkah 4: Sheila Menguruskan Permohonan
Semua kertas kerja dan proses permohonan diuruskan oleh Sheila. Anda hanya perlu menandatangani dan melengkapkan borang kesihatan.
Langkah 5: Sokongan Berterusan
Tuntutan, pertukaran hospital, semakan tahunan — semua hubungi Sheila. Sheila ada untuk jangka panjang.

Soalan Lazim Mengenai Medical Card

Apakah perbezaan antara medical card takaful dan insurans?
Takaful medical card beroperasi atas prinsip saling melindungi (ta’awun) dan patuh Syariah. Insurans konvensional adalah kontrak komersial biasa. Untuk Muslim, takaful adalah pilihan yang lebih sesuai. Sheila boleh menjelaskan perbezaannya dengan lebih terperinci.
Adakah medical card syarikat saya mencukupi?
Medical card yang disediakan oleh majikan lazimnya mempunyai had tahunan dan had sepanjang hayat yang rendah. Sheila boleh menyemak perlindungan sedia ada anda dan mencadangkan penambahan yang sesuai jika perlu.
Berapa premium yang perlu saya bayar?
Bergantung kepada umur, status kesihatan, jenis pelan, dan had perlindungan yang anda pilih. Sheila akan memberikan anggaran yang tepat berdasarkan profil anda selepas perbincangan awal.
Sekiranya mempunyai penyakit kronik, bolehkah memohon?
Boleh, namun sesetengah syarikat mungkin mengenakan pengecualian atau loading untuk kondisi sedia ada. Sheila akan menyemak most takaful dan insurance provider untuk mencari yang paling sesuai dan paling kompetitif untuk situasi anda.
Hospital manakah yang dilindungi?
Bergantung kepada panel hospital setiap operator. Sheila akan memastikan hospital pilihan anda tersenarai dalam panel sebelum mencadangkan mana-mana produk.

Dapatkan Sebut Harga Medical Card PERCUMA

Isi maklumat di bawah Sheila akan menganalisa dan mencadangkan medical card yang paling sesuai untuk anda.

🔒 Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak.

Jangan Biarkan Kos Perubatan Menghakis Kekayaan Yang Anda Bina..

Satu medical card yang tepat boleh melindungi anda dan keluarga daripada tekanan kewangan yang tidak dijangka.

Hubungi Sheila sekarang untuk mendapatkan sebut harga percuma. Tiada komitmen.