Lindungi Perniagaan Anda. Jaga Kakitangan Anda.

Sheila menyediakan penyelesaian takaful dan insurans berkumpulan yang komprehensif untuk syarikat dan PKS / SME Malaysia  daripada perlindungan kakitangan hingga kesinambungan perniagaan.

Sheila sering bertemu dengan pemilik perniagaan yang memberi tumpuan penuh kepada hasil, operasi, dan kakitangan..

Namun apabila Sheila mengemukakan soalan-soalan ini;

“Sekiranya anda tiada esok, bolehkah perniagaan ini diteruskan?”

“Sekiranya individu paling kritikal dalam syarikat anda sakit selama tiga bulan, bagaimanakah operasi akan berjalan?”

“Adakah kakitangan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi?”

Majoriti terdiam. Kerana perkara-perkara ini sering menjadi keutamaan terakhir.

Namun hakikatnya inilah yang boleh menyelamatkan perniagaan anda.

Penyelesaian Yang Sheila Boleh Sediakan Untuk Syarikat Anda

1 Group Medical Card

Sheila mereka bentuk pakej medical card untuk kakitangan anda sama ada secara individu atas nama peribadi, atau secara berkumpulan atas nama syarikat. Boleh disubsidi sepenuhnya atau sebahagian. Sheila menguruskan dari A hingga Z termasuk penyelarasan dengan semua kakitangan.

2 Group Term Life

Perlindungan hayat untuk semua kakitangan dalam satu polisi. Kos efektif, mudah diurus oleh HR. Sekiranya berlaku pemergian atau TPD, pembayaran terus kepada waris kakitangan. Menunjukkan komitmen anda terhadap kesejahteraan keluarga kakitangan.

3 Group Personal Accident

Perlindungan untuk kemalangan semasa waktu bekerja dan di luar waktu kerja. Penting untuk syarikat yang kakitangannya banyak bergerak atau bekerja dalam persekitaran berisiko.

4 Group Critical Illness

Pembayaran tunai kepada kakitangan sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal. Kakitangan yang terlindung adalah kakitangan yang lebih tenang, lebih fokus, dan lebih setia kepada syarikat.

5 Keyman Takaful / Insurance

Perlindungan untuk individu paling kritikal dalam syarikat anda pengasas, CEO, jurujual utama. Sekiranya mereka tiada atau tidak mampu bekerja, syarikat menerima pembayaran untuk menampung kerugian operasi, mencari pengganti, atau menjelaskan hutang perniagaan.

6 Employee Purchase Programme (EPP)

Program yang memudahkan kakitangan anda mendapatkan perlindungan peribadi melalui kemudahan syarikat sama ada melalui potongan gaji atau subsidi. Sheila membentangkan kepada kakitangan anda, Sheila yang menguruskan semua.

Mengapa Perniagaan Yang Bijak Melabur Dalam Perlindungan Kakitangan & Syarikat?

Daripada perspektif perniagaan:

✦ Premium medical card dan takaful kakitangan boleh ditolak cukai sebagai perbelanjaan syarikat

✦ Kakitangan yang terlindung = produktiviti lebih tinggi = kadar cuti sakit yang lebih rendah

✦ Pakej manfaat yang kompetitif = menarik dan mengekalkan bakat terbaik

✦ Perlindungan keyman = perniagaan selamat sekiranya individu penting tiada atau sakit

✦ Perlindungan berkumpulan = lebih menjimatkan berbanding perlindungan individu

Risiko tanpa perlindungan:

✦ Individu penting sakit atau meninggal, operasi pasti akan terganggu dan hasil akan merosot

✦ Kakitangan tanpa medical card → cuti sakit berpanjangan → produktiviti terjejas

✦ Tiada perancangan penggantian → perniagaan boleh tergendala dalam masa singkat

✦ Tuntutan pampasan pekerja → kos yang tidak dijangka dan tidak dirancang

Bagaimana Sheila Membantu Syarikat Anda?

Langkah 1 Perundingan Korporat Percuma
Sheila memahami struktur syarikat, bilangan kakitangan, industri, bajet, dan keperluan spesifik anda. Setiap syarikat berbeza. Sheila tidak menggunakan pendekatan templat.
Langkah 2 Sheila Mereka Bentuk Pakej Khusus
Sheila menyemak dengan most takaful & insurance provider dan mereka bentuk pakej yang paling cost-effective untuk syarikat anda. Sheila membentangkan 2–3 pilihan terbaik dengan perbandingan yang jelas.
Langkah 3 Pembentangan Kepada Pengurusan / HR
Sheila boleh membentangkan secara dalam talian atau bersemuka kepada pasukan pengurusan atau HR. Sheila menjelaskan semua pilihan dengan jelas anda membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap.
Langkah 4 Sheila Menguruskan Semua
Pengumpulan data kakitangan, penyerahan, penyelarasan dengan operator. Sheila akan menguruskan.
Langkah 5 Sokongan Berterusan
Pertukaran kakitangan, pembaharuan tahunan, tuntutan kakitangan, semakan perlindungan semuanya hubungi Sheila. Sheila ada untuk jangka panjang.

Soalan Lazim bagi Penyelesaian Korporat

Berapakah bilangan minimum kakitangan untuk perlindungan berkumpulan?
Bergantung kepada operator dan jenis perlindungan. Ada yang menerima daripada 3–5 orang. Untuk syarikat yang lebih kecil, Sheila boleh menstrukturkan perlindungan standalone yang tetap menjimatkan kos.
Adakah premium medical card kakitangan boleh ditolak cukai?
Ya. Premium yang dibayar oleh syarikat untuk perlindungan kakitangan boleh ditolak sebagai perbelanjaan perniagaan. Sheila boleh menyediakan dokumentasi yang diperlukan untuk tujuan cukai.
Jika kakitangan berhenti kerja, apakah yang berlaku kepada polisi?
Polisi boleh diteruskan atas nama kakitangan itu sendiri mahupun untuk berkumpulan . Sheila akan menjelaskan implikasi setiap struktur sebelum anda membuat keputusan.
Berapa lama proses persediaan perlindungan berkumpulan?
Bergantung kepada bilangan kakitangan dan jenis perlindungan. Lazimnya 2–4 minggu daripada penyerahan hingga polisi aktif. Sheila akan memberikan jadual masa yang jelas dari awal.
Bolehkah Sheila membentangkan kepada lembaga pengarah kami?
Boleh. Sheila boleh menyediakan pembentangan yang profesional untuk mesyuarat lembaga atau pengurusan. Dalam talian atau bersemuka, mengikut keselesaan anda.

Kakitangan Yang Terjaga Adalah Aset Perniagaan Yang Paling Berharga..

Sheila memahami sebagai pemilik atau pengurusan, anda mempunyai beribu perkara untuk difikirkan setiap hari.

Biarkan Sheila menguruskan bahagian ini. Anda fokus pada perniagaan anda.

Hubungi Sheila sekarang. Hanya 20 minit untuk Sheila memahami keperluan syarikat anda. Selebihnya, Sheila yang akan menguruskan.