About

Mengenali Sheila Hanniff

Financial Adviser Representative

Sheila percaya pada satu prinsip yang tidak berubah sejak 15+ tahun lalu..

Kewangan bukan sekadar nombor. Ia adalah tentang ketenangan fikiran mengetahui bahawa orang yang anda kasihi terlindung, harta anda selamat, dan masa depan anda dirancang dengan teliti.

Itulah sebab Sheila melakukan kerja ini. Bukan sekadar untuk menawarkan produk tetapi untuk memastikan setiap individu yang Sheila bantu benar-benar faham dan benar-benar terlindung.

Kelayakan & Pengiktirafan

CFP® Certified Financial Planner

Kelayakan tertinggi dalam industri perancangan kewangan Malaysia, diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sijil CFP® menandakan bahawa Sheila telah melalui pendidikan, peperiksaan, pengalaman, dan standard etika yang ketat dalam perancangan kewangan komprehensif.

IFP Islamic Financial Planner

Pengkhususan dalam perancangan kewangan Islam, Muamalat, pelaburan patuh Syariah, takaful, dan perancangan harta pusaka Islam. Sheila memahami keperluan unik klien Muslim dari perspektif kewangan dan agama secara menyeluruh.

FAR Islamic Financial Adviser Representative

Anda berurusan dengan penasihat yang telah disahkan dan disenaraikan dalam Daftar Financial Adviser Representative Bank Negara Malaysia.

IFAR Islamic Financial Adviser Representative

Anda berurusan dengan penasihat yang telah disahkan dan disenaraikan dalam Daftar Islamic Financial Adviser Representative Bank Negara Malaysia.

Apakah Yang Membezakan Sheila?

Sheila bukan ejen yang terikat kepada satu syarikat. Sheila mempunyai akses kepada hampir semua takaful dan insurans provider bermakna Sheila memilih yang terbaik untuk anda, bukan yang paling menguntungkan Sheila.

Nasihat Sheila bersifat holistik merangkumi perlindungan, pelaburan, perancangan harta pusaka. Semuanya perlu diselaraskan supaya kewangan lebih teratur dan berkesan.

Sheila mendengar terlebih dahulu sebelum mencadangkan. Setiap klien mempunyai situasi yang unik. Sheila tidak menggunakan pendekatan templat generik.

Sheila hadir untuk jangka panjang. Bukan sekadar menutup kes kemudian menghilang. Sheila melakukan semakan setiap tahun dan sentiasa ada apabila anda memerlukannya.

Sheila mengutamakan kejujuran. Sekiranya sesuatu produk tidak sesuai untuk anda Sheila akan menyatakannya dengan terus terang.

Sheila memahami keperluan klien Muslim. Setiap penyelesaian yang dicadangkan mengambil kira aspek Syariah dan prinsip kewangan Islam.

Perjalanan Lebih 15 Tahun Sheila

2008 Permulaan

Sheila memulakan kerjaya dalam industri kewangan bermula dengan produk unit amanah. Belajar dari peringkat bawah, membina kepercayaan klien satu persatu.

2010 Perkembangan

Sheila mula menceburi dalam insurance then takaful. Mula memahami kepentingan perancangan kewangan yang menyeluruh, bukan sekadar satu produk.

2020 Peningkatan

Sheila memperoleh CFP®.

2020 Perancangan Harta Pusaka

Sheila berdaftar dengan As-Salihin Trustee Berhad. Mula menjadikan perancangan harta pusaka sebagai perkhidmatan teras – wasiat, hibah, amanah untuk klien.

2021 IFP

Sheila memperoleh IFP mula memberi tumpuan kepada klien Muslim yang memerlukan penyelesaian patuh Syariah yang komprehensif. Kini Sheila mampu memberikan nasihat yang benar-benar holistik dan berlesen sepenuhnya.

Kini

Sheila berkhidmat kepada 500+ klien aktif. Terus belajar, terus meningkatkan diri, dan terus komited untuk membantu klien melindungi kekayaan dan membina legasi mereka.

Nilai Yang Sheila Pegang Teguh

Amanah Di Atas Segalanya

Sheila memegang amanah klien dengan penuh tanggungjawab. Wang, maklumat, dan kepercayaan semuanya dijaga dengan integriti yang tidak berkompromi.

Objektif, Bukan Berpihak

Sheila mencadangkan apa yang terbaik untuk anda bukan apa yang paling menguntungkan Sheila.

Mendidik, Bukan Sekadar Menjual

Sheila ingin anda memahami sepenuhnya apa yang anda miliki dan mengapa ia penting. Klien yang faham adalah klien yang membuat keputusan terbaik untuk keluarga mereka.

Patuh Syariah, Menyeluruh

Bagi klien Muslim, setiap penyelesaian yang Sheila cadangkan mengambil kira prinsip Islam daripada pelaburan hingga perancangan harta pusaka.

Bersedia Untuk Merancang Kewangan Anda?

Sheila sedia mendengar. Tiada komitmen. Tiada tekanan.