Harta Anda Terlalu Berharga Untuk Diserahkan Kepada Takdir
Sheila membantu anda merancang pengagihan harta dengan teliti, memastikan setiap harta yang anda usahakan sepanjang hayat sampai kepada orang yang tersayang.
Ramai yang menyangka harta pusaka hanya menjadi isu selepas seseorang pergi.
Hakikatnya masalah bermula jauh sebelum itu.
Tanpa perancangan yang tepat, harta yang anda bina sepanjang hayat boleh terbeku di mahkamah selama bertahun-tahun. Keluarga yang anda sayangi terpaksa menunggu. Perniagaan yang anda bina boleh terganggu. Aset boleh diserahkan kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Sheila ada penyelesaiannya.
CFP® | IFP | Financial Advisor Representative · As-Salihin Trustee Berhad
8 Instrumen Perancangan Harta Pusaka Yang Sheila Boleh Bantu
1. Dokumen Wasiat
Dokumen perundangan yang menyatakan hasrat anda tentang pengagihan harta selepas pemergian. Sheila membantu anda menyediakan Wasiat yang sah dan komprehensif melalui As-Salihin Trustee Berhad memastikan harta anda diagihkan mengikut hasrat anda, bukan mengikut budi bicara mahkamah.
2. Perlantikan Wasi
Pengurusan harta pusaka yang sempurna adalah bergantung kepada pelantikan Wasi yang tepat dan berwibawa. Kesejahteraan dan kebajikan ahli keluarga anda adalah bergantung kepada Wasi yang anda lantik. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga hak keluarga anda dengan selamat. Sebaliknya pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.
3. Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat
Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat ialah perkhidmatan di mana as-Salihin Trustee Berhad dilantik sebagai Pentadbir untuk menghimpun aset, menyelesaikan liabiliti dan mengagihkan harta pusaka si mati kepada benefisiari mengikut hukum Syariah.
4. Amanah (Trust)
Instrumen untuk mengurus dan melindungi harta untuk manfaat benefisiari tertentu anak-anak kecil, waris yang memerlukan perlindungan khas, atau tujuan amal. Harta diuruskan oleh pemegang amanah profesional.
5. Perjanjian Aset Perolehan Bersama
Perjanjian yang dibuat semasa dalam keadaan bahagia. Dokumen ini memberi kesan apabila berlaku pemergian, penceraian dan poligami.
6. Dokumen Hibah (Pri-Hibah)
Pri-Hibah ialah produk as-Salihin yang membolehkan pemilik aset menghibahkan hartanya kepada benefisiari pilihan semasa hayat, berkuatkuasa serta merta dan terkeluar daripada pembahagian Faraid.
7. Amanah Takaful/Insurans (Pri-Ti)
Pri-TI ialah produk as-Salihin di mana pemilik polisi Takaful atau insurans melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai pemegang amanah untuk menerima dan mengagihkan wang manfaat polisi kepada benefisiari mengikut terma yang ditetapkan, tanpa tertakluk kepada Faraid, tuntutan pemiutang mahupun perintah mahkamah.
8. Pri-Emas
Pri-EMAS ialah produk eksklusif as-Salihin yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin Trustee Berhad untuk menguruskan hartanya apabila mencapai usia tua atau mengalami ketidakupayaan fizikal atau mental, bagi membiayai keperluan harian, perubatan dan kecemasan diri sendiri serta orang tersayang
7. Pri-Warisan
Pakej pentadbiran harta pusaka oleh As-Salihin Trustee Berhad yang merangkumi pengurusan keseluruhan proses pembahagian pusaka dari penutupan akaun bank hingga permohonan Geran Probet dengan diskaun 20% ke atas fi pentadbiran untuk meringankan bebanan ahli waris.
8. Pri-Pusaka
Pri-Pusaka ialah dana pendahuluan pentadbiran pusaka oleh As-Salihin Trustee Berhad yang dibayar semasa pewasiat masih hidup, merangkumi pembiayaan segera, penyimpanan dokumen digital melalui Pusaka Cloud seumur hidup, serta kadar fi pentadbiran yang lebih rendah pada kadar 1.6% bagi RM1 juta pertama memastikan waris tidak terbeban kelak.
Kenapa Perancangan Harta Pusaka Perlu Dilakukan Sekarang?
| Tanpa Perancangan | Dengan Perancangan Sheila |
|---|---|
| Harta beku di mahkamah bertahun-tahun | ✅ Pengagihan segera kepada waris yang berhak |
| Keluarga menanggung kos guaman yang tinggi | ✅ Proses lebih mudah, kos diminimumkan |
| Pertikaian antara ahli keluarga | ✅ Hasrat anda jelas dan sah di sisi undang-undang |
| Harta mungkin jatuh ke tangan yang salah | ✅ Setiap aset dilindungi dan diagihkan dengan betul |
| Perniagaan terjejas atau terpaksa ditutup | ✅ Kesinambungan perniagaan terjamin |
Bagaimana Proses Bekerja Bersama Sheila?
Langkah 1: Perundingan Awal (Percuma)
Langkah 2: Sheila Cadangkan Instrumen Yang Sesuai
Langkah 3: Penyediaan Dokumen
Langkah 4: Pengesahan & Penyimpanan
Langkah 5: Semakan Berkala
Soalan Lazim Mengenai Estate Planning
Adakah Estate Planning hanya untuk orang kaya?
Apakah beza Wasiat dan Hibah?
Bolehkah saya ubah Wasiat selepas ia dibuat?
Kenapa perlu As-Salihin Trustee Berhad?
Berapa kos untuk membuat Wasiat?
Mula Rancang Hari Ini Dan Perundingan Percuma Bersama Sheila
Isi maklumat di bawah Sheila akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.
Hantar WhatsApp kepada Sheila dengan maklumat berikut:
- Nama & umur
- Status perkahwinan & bilangan tanggungan
- Jenis harta yang dimiliki (hartanah, simpanan, perniagaan)
- Adakah anda sudah mempunyai Wasiat? (Ya / Tidak)
- Keperluan utama (Wasiat / Hibah / Amanah / Tidak pasti)
🔒 Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak.
Jangan Biarkan Harta Yang Anda Bina Sepanjang Hayat Tersia-sia..
Merancang hari ini adalah hadiah terbaik yang boleh anda berikan kepada keluarga yang anda sayangi.
Hubungi Sheila sekarang untuk perundingan percuma. Tiada tekanan, tiada komitmen.