Kebanyakan orang hanya semak kewangan mereka apabila ada masalah. Tapi untuk benar-benar maju dari segi kewangan, anda perlu buat financial review secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini cara mudah untuk buat sendiri.
Langkah 1: Semak pendapatan dan perbelanjaan
Kumpul semua penyata bank dan kad kredit untuk 12 bulan lepas. Kira jumlah pendapatan bersih dan bandingkan dengan perbelanjaan. Adakah anda menabung sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan?
Langkah 2: Audit hutang anda
Senaraikan semua hutang pinjaman perumahan, kereta, kad kredit, dan pinjaman peribadi. Kira jumlah kadar faedah yang anda bayar. Hutang kad kredit dengan faedah 18% setahun perlu diutamakan untuk diselesaikan.
Langkah 3: Semak perlindungan takaful dan insurans
Adakah perlindungan nyawa anda mencukupi? Pakar mengesyorkan perlindungan 10 kali ganda pendapatan tahunan. Semak juga had medical card adakah masih relevan dengan kos perubatan semasa?
Langkah 4: Nilai portfolio pelaburan
Semak prestasi pelaburan anda unit trust, saham, PRS, atau hartanah. Adakah ia menepati sasaran pertumbuhan? Perlu ada pengimbangan semula (rebalancing) portfolio?
Langkah 5: Semak perancangan pusaka
Adakah wasiat anda masih terkini? Adakah penama untuk KWSP, takaful, dan bank perlu dikemaskini? Ini sangat penting apabila ada perubahan besar dalam keluarga.
Langkah 6: Tetapkan matlamat untuk tahun hadapan
Selepas semak, tetapkan 3 matlamat kewangan utama untuk tahun seterusnya boleh jadi bayar hutang, tambah simpanan, atau tambah perlindungan.
Mahu seseorang bantu anda buat financial review yang menyeluruh? Hubungi Sheila Hanniff untuk sesi review percuma.