Lindungi Perniagaan Anda. Jaga Kakitangan Anda.
Sheila menyediakan penyelesaian takaful dan insurans berkumpulan yang komprehensif untuk syarikat dan PKS / SME Malaysia daripada perlindungan kakitangan hingga kesinambungan perniagaan.
Sheila sering bertemu dengan pemilik perniagaan yang memberi tumpuan penuh kepada hasil, operasi, dan kakitangan..
Namun apabila Sheila mengemukakan soalan-soalan ini;
“Sekiranya anda tiada esok, bolehkah perniagaan ini diteruskan?”
“Sekiranya individu paling kritikal dalam syarikat anda sakit selama tiga bulan, bagaimanakah operasi akan berjalan?”
“Adakah kakitangan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi?”
Majoriti terdiam. Kerana perkara-perkara ini sering menjadi keutamaan terakhir.
Namun hakikatnya inilah yang boleh menyelamatkan perniagaan anda.
Penyelesaian Yang Sheila Boleh Sediakan Untuk Syarikat Anda
1 Group Medical Card
Sheila mereka bentuk pakej medical card untuk kakitangan anda sama ada secara individu atas nama peribadi, atau secara berkumpulan atas nama syarikat. Boleh disubsidi sepenuhnya atau sebahagian. Sheila menguruskan dari A hingga Z termasuk penyelarasan dengan semua kakitangan.
2 Group Term Life
Perlindungan hayat untuk semua kakitangan dalam satu polisi. Kos efektif, mudah diurus oleh HR. Sekiranya berlaku pemergian atau TPD, pembayaran terus kepada waris kakitangan. Menunjukkan komitmen anda terhadap kesejahteraan keluarga kakitangan.
3 Group Personal Accident
Perlindungan untuk kemalangan semasa waktu bekerja dan di luar waktu kerja. Penting untuk syarikat yang kakitangannya banyak bergerak atau bekerja dalam persekitaran berisiko.
4 Group Critical Illness
Pembayaran tunai kepada kakitangan sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal. Kakitangan yang terlindung adalah kakitangan yang lebih tenang, lebih fokus, dan lebih setia kepada syarikat.
5 Keyman Takaful / Insurance
Perlindungan untuk individu paling kritikal dalam syarikat anda pengasas, CEO, jurujual utama. Sekiranya mereka tiada atau tidak mampu bekerja, syarikat menerima pembayaran untuk menampung kerugian operasi, mencari pengganti, atau menjelaskan hutang perniagaan.
6 Employee Purchase Programme (EPP)
Program yang memudahkan kakitangan anda mendapatkan perlindungan peribadi melalui kemudahan syarikat sama ada melalui potongan gaji atau subsidi. Sheila membentangkan kepada kakitangan anda, Sheila yang menguruskan semua.
Mengapa Perniagaan Yang Bijak Melabur Dalam Perlindungan Kakitangan & Syarikat?
Daripada perspektif perniagaan:
✦ Premium medical card dan takaful kakitangan boleh ditolak cukai sebagai perbelanjaan syarikat
✦ Kakitangan yang terlindung = produktiviti lebih tinggi = kadar cuti sakit yang lebih rendah
✦ Pakej manfaat yang kompetitif = menarik dan mengekalkan bakat terbaik
✦ Perlindungan keyman = perniagaan selamat sekiranya individu penting tiada atau sakit
✦ Perlindungan berkumpulan = lebih menjimatkan berbanding perlindungan individu
Risiko tanpa perlindungan:
✦ Individu penting sakit atau meninggal, operasi pasti akan terganggu dan hasil akan merosot
✦ Kakitangan tanpa medical card → cuti sakit berpanjangan → produktiviti terjejas
✦ Tiada perancangan penggantian → perniagaan boleh tergendala dalam masa singkat
✦ Tuntutan pampasan pekerja → kos yang tidak dijangka dan tidak dirancang
Bagaimana Sheila Membantu Syarikat Anda?
Langkah 1 Perundingan Korporat Percuma
Langkah 2 Sheila Mereka Bentuk Pakej Khusus
Langkah 3 Pembentangan Kepada Pengurusan / HR
Langkah 4 Sheila Menguruskan Semua
Langkah 5 Sokongan Berterusan
Soalan Lazim bagi Penyelesaian Korporat
Berapakah bilangan minimum kakitangan untuk perlindungan berkumpulan?
Adakah premium medical card kakitangan boleh ditolak cukai?
Jika kakitangan berhenti kerja, apakah yang berlaku kepada polisi?
Berapa lama proses persediaan perlindungan berkumpulan?
Bolehkah Sheila membentangkan kepada lembaga pengarah kami?
Kakitangan Yang Terjaga Adalah Aset Perniagaan Yang Paling Berharga..
Sheila memahami sebagai pemilik atau pengurusan, anda mempunyai beribu perkara untuk difikirkan setiap hari.
Biarkan Sheila menguruskan bahagian ini. Anda fokus pada perniagaan anda.
Hubungi Sheila sekarang. Hanya 20 minit untuk Sheila memahami keperluan syarikat anda. Selebihnya, Sheila yang akan menguruskan.