Boleh ke ada dua medical card pada masa yang sama? Ini soalan yang sering ditanya, terutama oleh mereka yang ada medical card melalui tempat kerja dan ingin beli satu lagi secara peribadi.
Jawapan ringkas: Ya, boleh!
Di Malaysia, tiada undang-undang yang menghalang anda daripada memiliki lebih daripada satu medical card. Malah, ramai orang memang ada dua satu dari majikan dan satu peribadi.
Kenapa nak ada 2 medical card?
1. Medical card syarikat ada had yang rendah
Banyak majikan menyediakan medical card dengan had tahunan RM20,000 hingga RM50,000 sahaja. Untuk rawatan seperti kanser atau pembedahan jantung, had ini mungkin tidak mencukupi.
2. Medical card syarikat boleh tamat bila tukar kerja
Apabila anda berhenti atau dipecat, perlindungan dari majikan akan tamat. Medical card peribadi kekal selagi anda bayar premium.
3. Boleh tambah coverage melalui koordinasi manfaat
Dalam sesetengah kes, anda boleh menuntut baki bil yang tidak ditanggung oleh satu polisi kepada polisi yang kedua ini dipanggil coordination of benefits.
Perkara penting yang perlu tahu
- Anda tidak boleh menuntut lebih daripada kos sebenar rawatan walaupun ada 2 polisi
- Dedahkan kepada syarikat kedua bahawa anda ada polisi pertama
- Semak terma dan syarat kedua-dua polisi untuk faham cara koordinasi manfaat berfungsi
Hubungi Sheila Hanniff untuk semak sama ada anda memerlukan medical card kedua dan pilihan mana yang paling sesuai.