PRS atau Private Retirement Scheme menawarkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun tapi ramai rakyat Malaysia masih belum mengambil peluang ini. Ini panduan lengkap tentang bagaimana anda boleh jimat cukai melalui PRS pada tahun 2026.
Apa itu pelepasan cukai PRS?
Kerajaan Malaysia memberikan insentif cukai kepada individu yang menyumbang ke dalam skim PRS. Anda boleh potongan sehingga RM3,000 daripada pendapatan bercukai anda setiap tahun.
Berapa yang anda boleh jimat?
Penjimatan cukai bergantung kepada kadar cukai marginal anda:
- Kadar cukai 11% jimat sehingga RM330 setahun
- Kadar cukai 19% jimat sehingga RM570 setahun
- Kadar cukai 25% jimat sehingga RM750 setahun
Cara claim pelepasan cukai PRS
- Buka akaun PRS melalui pengurus dana berlesen atau bank yang menawarkan PRS
- Buat caruman dalam tahun taksiran berkenaan (sebelum 31 Disember)
- Dapatkan penyata caruman PRS untuk digunakan dalam e-Filing LHDN
- Masukkan jumlah caruman dalam bahagian Skim Persaraan Swasta dalam borang cukai
PRS vs KWSP berbeza pelepasan cukai
Caruman KWSP pekerja mendapat pelepasan cukai berasingan (sehingga RM4,000). Ini bermakna anda boleh tuntut KEDUA-DUANYA RM4,000 untuk KWSP dan RM3,000 untuk PRS secara berasingan.
Mahu tahu lebih lanjut tentang cara optimumkan cukai melalui PRS? Hubungi Sheila Hanniff yang juga merupakan ejen PRS berlesen.