PRS atau Private Retirement Scheme ramai yang pernah dengar tapi tidak ramai yang benar-benar faham apa itu dan kenapa ia penting untuk masa depan anda.
Apa itu PRS?
PRS adalah skim simpanan sukarela yang diluluskan oleh Securities Commission Malaysia untuk membantu individu menambah simpanan persaraan mereka di luar KWSP. Ia diuruskan oleh pengurus dana swasta yang berlesen dan dikawal selia ketat.
Siapa yang boleh sertai PRS?
Mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di Malaysia boleh sertai PRS sama ada pekerja swasta, kerajaan, atau bekerja sendiri.
Kenapa PRS kurang popular?
- Ramai tidak tahu ia wujud atau faedahnya
- Tidak tahu cara memulakan atau di mana mendaftar
- Fikir KWSP sudah mencukupi untuk persaraan
- Tidak faham faedah pelepasan cukai yang ditawarkan
Faedah utama PRS yang anda tersalah faham
Pelepasan cukai sehingga RM3,000 ini bermakna setiap ringgit yang anda masukkan ke PRS mengurangkan pendapatan bercukai anda. Bagi yang dalam bracket cukai 19%, simpan RM3,000 dalam PRS = jimat RM570 cukai.
Insentif PRS Youth Kerajaan pernah menawarkan subsidi bagi yang berumur di bawah 30 tahun. Semak program terkini.
Boleh keluarkan bila-bila masa?
Dana PRS boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 55 tahun atau dalam keadaan tertentu (meninggalkan Malaysia secara kekal, atau meninggal dunia). Pengeluaran awal dikenakan bayaran 8%.
Jangan biarkan peluang cukai ini terlepas begitu sahaja. Hubungi Sheila Hanniff sekarang untuk daftar PRS dan mula jimat cukai anda tahun ini.