Unit Trust atau Saham mana lebih selamat untuk pelabur baru? Ini soalan yang selalu ditanya oleh mereka yang baru mahu mulakan perjalanan pelaburan.
Pelaburan dalam Saham
Apabila anda membeli saham, anda membeli sebahagian kecil pemilikan sebuah syarikat. Nilai pelaburan anda bergantung terus kepada prestasi syarikat tersebut dan sentimen pasaran.
Kelebihan: Potensi pulangan yang lebih tinggi, kawalan penuh ke atas pilihan pelaburan.
Risiko: Memerlukan pengetahuan mendalam tentang analisis syarikat dan pasaran. Nilai boleh turun mendadak.
Pelaburan dalam Unit Trust
Unit Trust adalah koleksi wang daripada ramai pelabur yang diuruskan oleh pengurus dana profesional. Wang dikumpul dan dilabur dalam pelbagai cara saham, bon, hartanah, dan lain-lain.
Kelebihan: Diuruskan oleh pakar, pelbagaikan automatik, modal permulaan rendah, risiko lebih terkawal.
Risiko: Ada caj pengurusan, pulangan mungkin lebih rendah berbanding pilih saham yang tepat sendiri.
Untuk pelabur baru Unit Trust adalah pilihan lebih baik
Kebanyakan pelabur baru tidak mempunyai masa, pengetahuan, atau emosi yang kukuh untuk melabur dalam saham secara individu. Unit Trust membolehkan anda melabur tanpa perlu jadi pakar pasaran modal.
Strategi yang disyorkan
Mulakan dengan Unit Trust, bina pengetahuan, dan jika berminat, anda boleh kemudiannya allocate sebahagian kecil portfolio ke dalam saham pilihan.
Hubungi Sheila Hanniff untuk cadangan unit trust yang sesuai dengan profil risiko dan matlamat anda.