Kenapa Perlu Lantik Syarikat Amanah Sebagai Wasi?

Apabila seseorang meninggal, harta mereka perlu diuruskan oleh seseorang yang dipanggil Wasi (Executor). Ramai orang melantik ahli keluarga sebagai wasi tapi adakah ini pilihan terbaik?

Apa itu Wasi?

Wasi adalah individu atau syarikat yang dilantik dalam wasiat untuk melaksanakan kehendak si meninggal. Tugasnya termasuk mengenalpasti aset, menjelaskan hutang, dan mengagihkan harta kepada waris yang berhak.

Mengapa lantik Syarikat Amanah sebagai Wasi?

1. Profesional dan berpengalaman

Syarikat amanah seperti As-Salihin Trustee mempunyai pasukan profesional yang faham undang-undang pusaka Malaysia sesuatu yang mungkin tidak dimiliki oleh ahli keluarga biasa.

2. Neutral dan tiada konflik kepentingan

Ahli keluarga yang jadi wasi mungkin terdedah kepada tekanan emosi atau konflik kepentingan. Syarikat amanah bertindak secara neutral demi kepentingan semua benefisiari.

3. Berterusan dan tidak akan “pergi dahulu”

Berbeza dengan wasi individu yang mungkin meninggal atau uzur sebelum harta selesai diagihkan, syarikat amanah akan terus beroperasi.

4. Pematuhan undang-undang terjamin

Proses pentadbiran pusaka penuh dengan keperluan undang-undang. Syarikat amanah memastikan semua prosedur dipatuhi untuk elak masalah di kemudian hari.

Hubungi Sheila Hanniff untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan As-Salihin Trustee sebagai Wasi dalam wasiat anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *