Apa Jadi Harta Anda Kalau meninggal Tanpa Wasiat? Ini Realiti di Malaysia

Ramai orang fikir, “Saya masih muda, belum perlu buat wasiat.” Sebenarnya, tiada seorang pun tahu bila masanya. Soalan sebenar bukan kalau anda sudah tiada tapi apa akan jadi kepada orang yang anda sayangi selepas itu.

Apa berlaku jika tiada wasiat?

Di Malaysia, jika seseorang Muslim meninggal tanpa wasiat, harta akan dibahagikan mengikut hukum Faraid. Bagi bukan Muslim, Akta Pembahagian 1958 akan diguna pakai. Prosesnya panjang dan boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Masalah yang sering berlaku

  • Aset tersangkut dalam proses pentadbiran bertahun-tahun
  • Ahli keluarga bergaduh tentang harta
  • Pasangan atau anak tidak serta-merta mendapat akses kepada wang
  • Kos guaman yang tinggi mengurangkan nilai pusaka

Langkah pertama yang mudah

Buat wasiat tidak perlu mahal atau rumit. Yang penting ialah anda ambil tindakan sekarang. Sebuah wasiat yang sah boleh memastikan kehendak anda dihormati dan keluarga anda dilindungi.

Hubungi Sheila Hanniff hari ini untuk konsultasi percuma tentang perlindungan harta dan keluarga anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *