Berapa Kos Sebenar Untuk Buat Wasiat di Malaysia?

Salah satu sebab ramai orang bertangguh membuat wasiat adalah kerana mereka tidak tahu berapa kosnya. Artikel ini akan jelaskan kos sebenar untuk buat wasiat di Malaysia supaya anda boleh merancang dengan baik.

Jenis-jenis Wasiat di Malaysia

1. Wasiat DIY (Do-It-Yourself)

Secara teknikal, anda boleh tulis wasiat sendiri tanpa bayar apa-apa tetapi ini sangat berisiko. Wasiat yang tidak betul dari segi undang-undang boleh ditolak oleh mahkamah.

2. Wasiat melalui peguam

Kos bermula dari RM200 hingga RM1,000 atau lebih bergantung kepada kerumitan. Peguam memastikan wasiat anda sah dari segi undang-undang.

3. Wasiat melalui Syarikat Amanah

As-Salihin Trustee dan syarikat amanah lain menawarkan pakej wasiat dengan harga yang berpatutan. Kelebihannya mereka boleh juga dilantik sebagai Wasi untuk melaksanakan wasiat anda.

Kos tambahan yang perlu diambil kira

  • Fi Geran Probet 0.5% hingga 4% daripada nilai harta (bergantung kepada nilai)
  • Fi Peguam untuk proses pentadbiran pusaka
  • Duti Setem untuk pemindahan hartanah

Berbaloi ke?

Bayangkan kos tidak membuat wasiat proses mahkamah yang panjang, fi guaman yang tinggi, dan tekanan emosi kepada keluarga. Kos membuat wasiat jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang keluarga anda mungkin terpaksa tanggung.

Hubungi Sheila Hanniff untuk maklumat lanjut tentang pakej wasiat yang sesuai dengan bajet anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *