Beza Hibah, Wasiat dan Amanah: Mana Satu Sesuai untuk Anda?

Tiga istilah ini sering mengelirukan Hibah, Wasiat, dan Amanah. Ketiga-tiganya berbeza dari segi fungsi dan masa perlaksanaan.

Wasiat

Dokumen bertulis yang menyatakan kehendak anda tentang pembahagian harta selepas anda sudah tiada. Bagi Muslim, had satu pertiga harta bersih. Perlu melalui proses Geran Probet sebelum harta boleh diagih.

Hibah

Pemberian harta secara sukarela semasa anda masih hidup. Penerima mendapat harta dengan cepat tanpa proses pusaka. Tidak tertakluk kepada Faraid dan boleh dibuat kepada sesiapa sahaja.

Amanah (Trust)

Struktur di mana pemegang amanah mengurus harta bagi pihak benefisiari. Sesuai untuk anak-anak kecil atau aset kompleks yang perlu pengurusan berterusan.

Mana satu untuk anda?

  • Wasiat asas untuk semua orang
  • Hibah jika ingin pastikan seseorang dapat harta tanpa proses pusaka
  • Amanah untuk perlindungan jangka panjang dan pengurusan berterusan

Hubungi Sheila Hanniff untuk panduan peribadi tentang kombinasi terbaik untuk situasi anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *