Soalan ini sering timbul dalam sesi konsultasi: “Mana lebih baik Hibah atau Wasiat?” Jawapannya bergantung kepada situasi anda, kerana kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan yang berbeza.
Perbezaan asas
Hibah berkuat kuasa semasa pemberi masih hidup. Penerima mendapat harta serta-merta setelah akad hibah selesai. Wasiat pula hanya berkuat kuasa selepas pemberi sudah tiada, dan perlu melalui proses pentadbiran pusaka.
Kelebihan Hibah
- Penerima mendapat harta dengan cepat tanpa proses mahkamah
- Tidak tertakluk kepada had satu pertiga seperti wasiat Muslim
- Boleh dibuat kepada sesiapa termasuk bukan waris
- Lebih sukar untuk dicabar oleh pihak lain
Kelebihan Wasiat
- Lebih mudah dan murah untuk dibuat
- Anda masih mempunyai kawalan penuh ke atas harta sehingga anda sudah tiada
- Sesuai untuk mengagihkan semua baki harta yang tidak ditentukan melalui hibah
Situasi yang sesuai untuk Hibah
- Ingin pastikan pasangan atau anak mendapat rumah tanpa proses panjang
- Mahu beri aset kepada seseorang yang tidak layak menerima melalui Faraid
- Mahu elakkan pertikaian harta dalam keluarga
Gabungan terbaik
Ramai perancang kewangan mengesyorkan penggunaan kedua-dua cara hibah untuk aset utama seperti hartanah, dan wasiat untuk mengagihkan baki harta yang lain.
Hubungi Sheila Hanniff untuk merancang strategi hibah dan wasiat yang paling sesuai untuk anda dan keluarga.