Bagi Muslim di Malaysia, ada satu perkara penting sebelum merancang harta pusaka Faraid. Ia bukan sekadar undang-undang warisan, ia adalah hukum yang menetapkan hak setiap waris dengan tepat.
Apa itu Faraid?
Sistem pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh syarak. Ia menggariskan siapa berhak mewarisi dan berapa bahagian yang layak mereka terima apabila seseorang Muslim sudah tiada.
Siapa yang layak menerima?
- Suami atau isteri bahagian bergantung kepada ada atau tiada anak
- Ibu bapa masing-masing mendapat bahagian tertentu
- Anak-anak anak lelaki mendapat dua kali bahagian anak perempuan
- Adik-beradik layak dalam situasi tertentu
Apa yang tidak melalui Faraid?
- Aset dengan penama (KWSP, takaful/insurans dengan benefisiari)
- Harta yang diberi melalui hibah semasa hidup
- Harta dalam amanah yang sah
Merancang pusaka untuk Muslim memerlukan gabungan wasiat, hibah, dan amanah untuk memastikan kehendak anda dipenuhi dalam batas syarak.
Hubungi Sheila Hanniff untuk panduan perancangan pusaka yang mematuhi syarak dan melindungi keluarga anda.